Profil


Antakesuma Holdings Sendirian Berhad telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat persendirian pada 9 Ogos 2005 dan terletak di Kawasan Perindustrian Pangkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Syarkat ini adalah sebuah syarikat bumiputea yang telah tertumpu kepada aktiviti perniagaan dalam bidang pembekalan barangan seperti cenderamata, alat tulis, mug, topi, rantai kunci, serta pelbagai barangan lagi yang sentiasa mengikut pasaran masa kini. Barangan-barangan tersebut dibekalkan terus daripada kilang-kilang dalam dan luar negara.

Produk-produk ini dipasarkan ke seluruh semenanjung Malaysia dengan pelanggan utamanya terdiri daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan juga sektor swasta.

Visi

Menjadikan Antakesuma Holdings sebagai sebuah syarikat pembekal bahan-bahan bercetak dan cenderahati bumiputera yang dikenali ramai menjelang 2013.

Misi

Menjadikan Antakesuma Holdings sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing, berwawasan, berketrampilan di samping menyediakan perkhidmatan cemerlang dan memuaskan kepada para pelanggan berasaskan prinsip telus,  kreatif, dan mesra.